Bismillahirahmanirahim.........
Dengan izin Allah SWT...aku mencoretkan post aku yang ke2.... Untuk memulakan perniagaan ini..terlalu banyak benda yang aku dan suami selalu fikirkan...adakah harga yang kami letak terlalu mahal..dan mungkin membebankan para pelanggan....setelah membuat perkiraan antara tol dan minyak yang terpaksa kami bayar semasa pulang ke kelantan. Adakalanya ia tidak melepasi untung yang kami dapat. Adakalanya ia sekadar cukup2 untuk menampung kos pengangkutan kami pulang yang hampir menelan belanja RM200, ia tidak lagi termasuk dengan minyak kereta untuk mengambil barang2. Tetapi begitulah adab perniagaan, tetapi sekurang2nya kami dapat pulang ke kampung untuk melihat orang tua kami disana. Secara tidak langsung, ia membantu suami dalam menampung kos perbelanjaan pulang. Oleh itu, kami teruskan jua.Buat pelanggan2, kami tidak akan membebankan kamu sekalian dengan harga2 yang mahal, malahan kami cuba untuk tidak membebankan para pelanggan. InsyaAllah...sekirannya dilimpahkan rezeki dan dipermudahkan oleh Allah SWT bagi kami untuk menjalankan perniagaan ini, kami akan cuba mengurangkan harga untuk tidak membebankan para pelanggan sekalian.
Buat masa ini, kami masih terbatas dalam mempelbagaikan produk yang ada. Tetapi kami akan mencuba untuk memenuhi keinginan pelanggan kami. Sekian dahulu dari kami. Wassalam.
Sabda Rasulullah bermaksud: “Peniaga
yang jujur akan bersama-sama nabi, siddiqin dan golongan mati syahid.”
(Hadis riwayat Hakim dan Tirmizi).